Monday, December 8, 2008

aktiviti biro

LAPORAN AKTIVITI BIRO PENERANGAN UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG

Minit Mesyuarat Kali Pertama Sekretariat Biro Penerangan
UMNO Bahagian Pasir Gudang


Tarikh : 13 November 2008 ( Khamis )
Masa : 845 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang

Kehadiran :
1. Hj Mohamad Rahim Bin Md Salleh – Pengerusi
2. En. Dahari Bin Hassan - Timb Pengerusi
3. Pn. Rafiah Bte Mohamad - K / Penerangan Wanita
4. En Ramli Bin Ahmad - K / Penerangan Pemuda
5. Cik Nur ain Bte A. Rahman - K / Penerangan Puteri
6. Pn Zalina Bte Suidan - Penerangan Wanita
7. Hjh Suchiati Bte Adzim - Penerangan Wanita
8. En Khaidzir Bin Abd Karim - Penerangan Pemuda
9. Pn Nor azura Bte Abd Aziz - Penerangan Puteri
10. En Mohd Khalmy Bin Homam - Latihan / ICT Bahagian

Tidak hadir ( dengan maaf ) :
1. En Shek Ayub - Setiausaha
2. En Amir Bin Sahak - Penerangan Pemuda
3. En Najahan Bin Maksom - JASA DUN Johor Jaya

Ucapan Aluan Pengerusi

1. Pengerusi mengalu-alukan semua hadirin dengan rasa syukur ke hadrat Allah dan terima kasih atas kesediaan ahli-ahli mesyuarat untuk hadir bagi berkongsi pandangan dan pendapat untuk menggerakkan Biro Penerangan Umno Bahagian bagi sessi kali ini.
2. Pengerusi menzahirkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Seri Ketua Bahagian atas kepercayaan dan perlantikannya sebagai Ketua Penerangan yang baru dan mahu berkongsi rasa tanggungjawab itu dengan semua ahli sekretariat supaya dapat bekerja secara berpasukan dan beriltizam menjayakan Biro Penerangan sebaik mungkin.
3. Pengerusi menyenaraikan antara tugas dan tanggungjawab utama Biro Penerangan adalah mengenalpasti isu-isu semasa khususnya di peringkat tempatan dan pusat, memberikan penerangan dan jawaban balas yang sewajarnya atas isu-isu yang ditimbulkan melalui kaedah ceramah, penulisan, sebaran am dan sebagainya serta menyediakan barisan penceramah pilihanraya yang berkesan.
4. Mengambilkira pandangan dan komen yang diterima dalam Post Mortem Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Biro Penerangan perlu mengambil langkah awal bagi memastikan Biro Penerangan dapat bersedia bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang terutamanya dari segi penyediaan barisan penceramah-penceramah yang berwibawa dan dapat menarik minat / sokongan pengundi dan masyarakat umum.
5. Bagi memastikan peranan dan tanggungjawab Biro Penerangan secara lebih fokus dan berkesan maka Pengerusi mengambil keputusan untuk membentuk Sekretariat Penerangan


Perlantikan AJK Sekretariat Biro Penerangan

1. Pengerusi mengumumkan kepada yang hadir senarai AJK Sekretariat Biro Penerangan pada sesi ini sebagaimana senarai kehadiran tersebut di atas. Ahli-ahli secretariat lainnya akan dilantik mengikut kesesuaian dan keperluan dari masa ke semasa.
2. Sekretariat akan berfungsi sebagai badan induk kepada kegiatan dan aktiviti Biro Penerangan. Semua perancangan aktiviti melibatkan biro penerangan bahagian dan semua biro penerangan sayap-sayap wanita, pemuda dan puteri akan diselaras dan dipantau agar ianya tidak bertindan dan bergerak sebagai sebuah pasukan penerangan.
3. Ahli-ahli sekretariat akan diagihkan mengikut 4 ( empat ) bidang fokus dan pengkhususan. Setelah perbincangan dan mengambil kira pendapat ahli-ahli ynag hadir maka kesepakatan dicapai dengan keputusan berikut:
a. Penceramah - En Dahari Bin Hassan
b. Hal ehwal penerangan - Pn Rafiah Bte Mohamad & Wanita
c. Sebaran Am / Seranta - Cik Nu rain Bte A Rahman & Puteri
d. Buletin Penerangan - En Ramli Bin Ahmad & Pemuda
4. Peranan dan tugas setiap bidang dilampirkan. Ketua-ketua bidang akan melantik AJK Kecil masing-masing mengikut kesesuaian.


Pandangan / Buah fikiran Ahli-ahli yang hadir

1. Dicatatkan bahawa En Ramli bin Ahmad menyatakan bahawa gerakerja Biro Penerangan seharusnya ditujukan kepada ahli-ahli UMNO terlebih dahulu supaya kefahaman dan keyakinan ahli-ahli terhadap UMNO dapat dipertingkatkan. Beliau bersetuju semua aktiviti melibatkan penerangan bahagian dan penerangan sayap-sayap diselaraskan bagi mengelakkan pertindihan dan bagi menampakkan kesatuan.
2. Juga dicatatkan bahawa En Ramli Bin Ahmad menyatakan Pemuda telah merangka takwim gerakerja penerangan Pemuda dengan pertamanya mengadakan taklimat ke cawangan-cawangan pemuda pada Jan hingga Mac 2009 dan beliau memaklumkan akan melantik semua Ketua Penerangan Pemuda Cawangan menjadi AJK Biro Penerangan Pemuda Bahagian.
3. En Ramli Bin Ahmad juga memaklumkan bahawa Pemuda akan menganjurkan program Konvensyen Pemuda Pasir Gudang pada 18hb Januari 2009 di Politeknik Johor Bahru dan merancang menganjurkan pertandingan pidato pada Ogos 2009 serta menerbitkan buletin penerangan pemuda.
4. Dicatatkan bahawa En Dahari Bin Hasan menyatakan bahawa Biro Penerangan sewajarnya bergerak lebih awal dan tidak menunggu hingga ke saat akhir bagi memastikan UMNO masih relevan dalam memperjuangkan kedaulatan bangsa dan agama islam.
5. Dicatatkan bahawa Puan Rafiah Bte Mohamad memaklumkan Biro Penerangan Wanita sedang merangka untuk mengadakan kursus penerangan melibatkan pimpinan wanita cawangan-cawangan.
6. Dicatatkan bahawa En Khalmy Bin Homam melahirkan pandangan bahawa Biro Penerangan sewajarnya berusaha kuat bagi memastikan adanya bilangan penceramah yang mencukupi,berilmu serta berwibawa bagi penerangan yang berkesan.
7. Dicatatkan bahawa En Khaidzir Bin Abd Karim menyatakan bahawa semua ahli secretariat seharusnya ada kefahaman yang tinggi tentang masalah yang UMNO sedang hadapi dan Biro Penerangan Bahagian mestilah bergerak secara berkesan membantu menghurai permasalahan semasa.
8. Dicatatkan bahawa Puan Azura Bte Abd Aziz menyatakan kesediaan Pergerakan Puteri menjayakan bidang sebaran am /seranta kerana bersesuaian dengan tugas beliau di Jabatan KEMAS dan JASA.
9. Dicatatkan bahawa Hjh Suchiati Bte Adzim menyarankan agar diadakan laman web biro penerangan bahagian.
10. Dicatatkan bahawa Pengerusi merumuskan bahawa melalui perbincangan dan percambahan minda yang dijalankan dalam mesyuarat kali ini, semua ahli sekretariat telah dapat memahami lebih jelas tentang peranan, tanggungjawab dan skop kerja bidang pengkhususan yang dicadangkan dan dengan itu dapat merancang gerakerja Biro Penerangan Bahagian secara efektif. Pengerusi mencadangkan di adakan mesyuarat kali ke 2 sekretariat dalam tempoh dua minggu bagi tujuan takwim, penyelarasan dan impak kewangan program-program Biro Penerangan.


Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat di tangguh pada jam 1030 malam dengan penetapan tarikh mesyuarat akan datang pada 26hb Nov 2008 dengan Pengerusi mengucapkan selamat dan terima kasih kepada hadirin.




Minit Mesyuarat Kali Kedua Sekretariat Biro Penerangan
UMNO Bahagian Pasir Gudang



Tarikh : 26 November 2008
Masa : 8.45 mlm -10.50 mlm
Tempat : Bilik Mesyuarat –Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Kehadiran :
1. Haji Mohamad Rahim b Md Salleh - Pengerusi
2. En Dahari b Hassan - Timbalan Pengerusi
3. En Sheikh Ayub b Sheikh Abdul Rahim - Setiausaha
4. Pn Rafiah bte Mohamad - K/ Penerangan Wanita
5. En Ramli b Ahmad - K/ Penerangan Pemuda
6. Cik Nur Ain bte A.Rahman - K/ Penerangan Puteri
7. Pn Zalina bte Suidan - Penerangan Wanita
8. Hjh Sucihati bte Adzim - Penerangan Wanita
9. En Ibrahim Ismail - AJK
10. En Mohd Razak Ahmad - AJK
11. Khaidir Abd Karim - AJK
12. Amir b Sahar - AJK

Tidak Hadir (dengan maaf)
1. En Najahan b Maskom - JASA DUN Johor Jaya
Agenda Mesyuarat

1.Kata-kata Aluan oleh Pengerusi Biro Penerangan.
2.Perbincangan tentang Takwim Aktiviti dan Laporan Seketariat.
3.Perbincangan mengenai aktiviti seketariat dan Organisasi.
4.Penutup dan Penangguhan Mesyuarat.
5.Lampiran

Ucapan Alu Aluan daripada Pengerusi Biro Penerangan – Tn Hj Rahim Salleh.

Mesyuarat dimulakan secara rasmi oleh Tuan Pengerusi pada pukul 8.45 malam.
Tuan Pengerusi mengalu alu kan Kehadiran Ahli Ahli Jawatan kuasa Biro Penerangan dengan penuh rasa kesyukuran kehadrat Allah dan terima kasih diatas kesediaan untuk hadir ke Mesyuarat Biro Penerangan untuk kali yang kedua.
Tuan Pengerusi turut memperkenalkan Setiausaha Biro Penerangan En Sheikh Ayub b Sheikh Abdul Rahim yang tidak dapat hadir dengan maaf pada Mesyuarat Biro Penerangan Kali Pertama - 13 November 2008.
Tuan Pengerusi turut memperkenalkan En Ibrahim Ismail yang dilantik sebagai ( Ketua Unit Seranta) dan En Mohd Razak Ahmad sebagai ( AJK)
Tuan Pengerusi menyebutkan mengenai Barisan Sekretariat Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Gudang seperti didalam Lampiran 1.
Tuan Pengerusi mengumumkan Pemisahan Sekretariat Sebaran Am dan Seranta dengan Perlantikan En Ibrahim Ismail sebagai Ketua Unit seranta. Unit Sebaran Am akan terus di ketuai oleh Cik Nurain bte A Rahman .
Unit Seranta yang diketuai oleh En Ibrahim Ismail akan bertindak sebagai salah satu sayap ejen pengumpul maklumat bagi mengenali dan memahami isu isu setempat dan seterusnya memanjangkan laporan dapatan kepada Biro Penerangan Bahagian.
Pengerusi Pengerusi Sekretariat turut bertanggungjawab untuk melantik dan melatih Ahli Ahli Jawatan Kuasa masing masing .
Tuan Pengerusi menjelaskan Program Program Penerangan daripada Wanita / Pemuda dan Puteri perlu diselaraskan didalam Takwim Aktiviti Biro Penerangan Bahagian sebagai satu aktiviti bersepadu.
Tuan Pengerusi memohon kepada Ahli Jawatan Kuasa untuk mengesahkan Minit mesyuarat Pertama Biro Penerangan Bahagian pada 13hb November 2008.

Perbincangan Takwim Aktiviti Biro Penerangan Bahagian / Wanita / Pemuda dan Puteri..

Puan Rafiah bt Mohamed membentangkan Takwim Aktiviti Biro Penerangan Wanita bahagian bagi sessi 2008 -2009 seperti yang berikut ;
· Majlis suai kenal dan Taklimat Penerangan di peringkat cawangan. Jangkaan tarikh perlaksanaan aktiviti daripada Disember 2008 dan Januari 2009 . Tempat di Kolej Komuniti / Sekolah.
· Program Turun padang diperingkat cawangan untuk mengenalpasti dan mengkader bakat bakat penceramah dikalangan Wanita Cawangan. Tarikh belum ditentukan.
· Program Penerangan mengenai Penambahan Ahli dan pendaftaran SPR melalui kerjasama Biro Keahlian dan Pendaftaran Pengundi. Tarikh Belum ditetapkan.
· Kursus kemahiran berkomunikasi dan membentuk Etika Kepimpinan Cemerlang dikalangan Ahli Jawatan Kuasa Biro Penerangan Wanita. Tarikh Belum ditetapkan.
· Program Penerangan diperingkat Zon dengan melibatkan Bahagian ,Pemuda dan Puteri.
· Menetapkan Kalender Mesyuarat Biro Penerangan Wanita sekali setiap bulan .
En Ramli Ahmad membentangkan Takwim Aktiviti Biro Penerangan Pemuda Bahagian seperti yang berikut;
En Ramli Ahmad memaklumkan Pemuda telah merangka Gerakerja Biro Penerangan Pemuda dengan Program Pertama - Taklimat ke Cawangan Cawangan Pemuda daripada Januari – March 2009.
En Ramli Ahmad turut memaklumkan semua ketua Penerangan Pemuda Cawangan akan menjadi AJK Biro Penerangan Pemuda Bahagian secara automatik.
Biro Penerangan Pemuda akan menganjurkan Program Konvensyen Pemuda Pasir Gudang pada 18hb Januari 2009 di Politeknik Johor Baharu.
En Ramli memaklumkan mengenai Program Pertandingan Pidato pada Ogos 2009.
Biro Penerangan Pemuda akan turut bertanggungjawab menerbitkan Buletin Penerangan Pemuda.

Cik Nur Ain Bte Abdul Rahman membentangkan Takwim Aktiviti Biro Penerangan Puteri Bahagian seperti yang berikut;
Program Edaran “Flyers & Pointers” di Peringkat Bahagian , Sayap Sayap dan Cawangan Cawangan didalam Parlimen Pasir Gudang. Proses pengedaran Flyers dan Pointers akan dilakukan disepanjang tahun.
Biro Penerangan Puteri Bahagian turut merangka Program Pidato Puteri untuk mencungkil bakat baru dan mensasarkan 20 sehingga 30 orang penceramah yang berpotensi. Program ini akan meliputi DUN Johor Jaya pada Januari 2009 , DUN Permas pada Februari 2009 dan kemuncaknya dengan penganjuran Pertandingan Pidato Piala Dato Seri Khaled di peringkat Parlimen Pasir Gudang pada bulan Mac.
Biro Penerangan Puteri turut mensasarkan Program Seminar Kepimpinan dan Jatidiri pada bulan Mei 2009.

Perbincangan Mengenai Aktiviti Sekretariat dan Organisasi – Biro Penerangan Bahagian.

1. En Dahari Hassan ketua Seketariat Penceramah mencadangkan untuk membawa penceramah daripada luar bagi menarik perhatian penyokong dan ahli masyarakat untuk menghadari ceramah ceramah anjuran Biro Penerangan Bahagian .
En Dahari Hassan turut mencadangkan nama nama berikut dijemput untuk menyampaikan ceramah .
1.Sdr Ezam Md Nor
2.Sdr Ageng Kamari
3.Sdr Hamizan
En Dahari Hassan menekankan pentingnya Program Bersama diantara Wanita ,Pemuda dan Puteri sebagai satu strategi dalam memantapkan Biro Penerangan Bahagian
En Ibrahim Ismail Ketua Sekretariat Seranta akan membentuk barisan Jawatan Kuasa Seranta yang terdiri daripada 10 orang AJK , Setiausaha dan Penolong Setiausaha.
AJK AJK yang dilantik turut berperanan sebagai pasukan risikan yang akan mengumpul maklumat dan memahami strategi Pembangkang.
Sekretariat Seranta perlu dibekalkan dengan Set Perakam , Unit kamera , Log Book dan Pencetak sebagai kemudahan.
AJK Sekretariat Seranta akan memantau ceramah ceramah anjuran Parti Pembangkang khususnya PAS di dalam Parlimen Pasir Gudang.
Sekretariat Seranta berperanan untuk mengumpul maklumat dan menghantar laporan kepada Biro Penerangan Bahagian untuk makluman dan tindakan.
Sekretariat Seranta akan mencadangkan tindakan cepat dan tepat diatas isu isu kemasyarakatan berdasarkan maklumat maklumat yang diperolehi.
Kerjasama diantara Sekretariat Seranta dan Ketua Ketua Cawangan dilihat sebagai Kritikal untuk memberi kesan kepada Penyelesaian masalah setempat.
Keputusan Pilihanraya Khusus kepada saluran saluran yang kalah juga perlu dimaklumkan kepada Sekretariat Seranta untuk dipantau.

En Amir Sahak menyarankan agar satu mekanisme dibentuk untuk merangka startegi bagi memahami isu isu tempatan dan membuat persiapan menangkis hujah dan manipulasi Pembangkang.
En Mohd Razak Ahmad mengutarakan pandangan –mengenai modul ceramah yang bersifat Umum dan tidak Fokus kepada penambahan nilai merit calon yang bertanding.
En Mohd Razak Ahmad turut melihat kepada keperluan memperkenal dan mendekatkan Ahli Ahli didalam Biro Penerangan kepada semua ahli dan masyarakat di Parlimen Pasir Gudang.
Perisik Biro Penerangan perlu dibentuk supaya mekanisme Penerangan bersifat menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada isu isu tempatan .
Isu isu Nasional seperti Kefahaman terhadap Perlembagaan juga perlu diberikan perhatian dalam merancang Program Penerangan di Peringkat Bahagian.
UMNO sebagai Parti Tunjang kerajaan Barisan Nasionan memainkan peranan yang sangat penting didalam menyampaikan maklumat dan memperbetulkan Persepsi rakyat terhadap Kerajaan.
Puan Zalina bte Suidan menyarankan Pendekatan Kemasyarakatan untuk memenangi hati masyarakat agar terus memberi sokongan kepada UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.
Pn Hajah Sucihati menekankan kepentingan untuk mengotakan apa yang dikata / dijanjikan dalam Pilihanraya ke 12 yang lepas. Keyakinan dan sokongan rakyat perlu dikembalikan kepada Kerajaan.

Penggulungan Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi mencadangkan Program Bersepadu diperingkat ZON dengan melibatkan keseluruhan Jentera Biro Penerangan samada di Peringkat Bahagian / Wanita / Pemuda / Puteri dan Cawangan mengikut kesesuaian masa dan tempat.
Tuan Pengerusi menekankan keperluan Kepada Penceramah didedahkan , memahami dan mendekati Isu Isu Tempatan.
Kefahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan , Kontrak Sosial dan Isu Isu kemasyarakatan juga perlu didalami oleh Para Penceramah.
Satu kaedah dan mekanisme untuk bermula seperti mendapatkan Permit untuk berceramah akan diusahakan diperingkat Biro Penerangan Bahagian.
Isu Isu yang dimanipulasi oleh Pihak Pembangkang seperti Parti Pas dan PKR akan dipantau melalui Sekretariat Seranta dan usaha usaha menangkis dan neutralisasi akan diatur untuk membetulkan persepsi rakyat.
Kursus Kursus dan Pendedahan akan dibuat secara berkala untuk meningkatkan Kecekapan dan Karisma Penceramah.
Program Biro Penerangan Bahagian akan di mulakan di Zon Pandan (Belantik , Bendahara , Pandan dan Taman Molek ) pada 31hb Januari 2009 .
Sekretariat diminta untuk memperincikan Projek Pertama di Zon Pandan.

Penutup dan Penangguhan Mesyuarat.
Tuan Pengerusi Biro Penerangan menyifatkan Mesyuarat kali Kedua sebagai Produktif dan menepati sasaran.
Tuan Pengerusi Biro mengharapkan Semua AJK Biro terus memberi Komitment yang Padu dalam memastikan Biro Penerangan dapat berfungsi dengan aktif dan efektif.
Tuan Pengerusi Biro menangguhkan Mesyuarat Biro Penerangan untuk Kali yang kedua .
Biro Penerangan Bahagian dijadualkan untuk bertemu semula bagi tujuan mesyuarat khas pada 31 hb Disember 2008.
Mesyuarat berakhir dan bersurai pada Pukul 10.50 malam.


Lampiran 1.
Sekretariat Biro Penerangan
UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG SESSI 2008/2011

HAL EHWAL PENERANGAN .Ketua –Puan Rafiah bte Mohamed & Wanita)
PENCERAMAH. Ketua – En Dahari Hassan
SEBARAN AM. Ketua –Cik Nurain bte Abdul Rahman & Puteri
SERANTA. Ketua – En Ibrahim b Ismail
BULETIN PENERANGAN. Ketua – En Ramli b Ahmad & Pemuda.

Lampiran 2.
Nama Nama AJK Biro Penerangan Bahagian e-mail id dan Nombor Talipon.
Bil
Nama
No Talipon
E-mail id.

Hj Mohamad Rahim b Md Salleh
0137455999
bpg_rahimsalleh@yahoo.com


En Dahari b Hassan
0127331890


En Sheikh Ayub b Sheikh Abdul Rahim
0177373075
alzarafee@yahoo.com


En Mohd Razak b Ahmad
0167334954


En Ibrahim b Ismail
0167123994


En Ramli b Ahmad
0127887030
ramli@aida.com.my


En Khaidzir b Abd Karim
0167820603
khaidzir@yahoo.com

Pn Rafiah bte Mohammad
0197081397

Pn Zalina bte Suidan
0177014817


Hjh Sucihati bte Adzim
0137500919
Su_fadc@yahoo.com


Cik Nur Ain bte A. Rahman
0177156431
Farainman83@yahoo.com

En Amir b Sahak
0197067589

Created by Sheikh Ayub b Sheikh Abdul Rahim.



LAPORAN BIRO PENERANGAN
( UNTUK DIBENTANGKAN DI MESYUARAT UMNO BAHAGIAN PADA 06 DIS 2008 )

1. Biro telah mengadakan dua ( 2 ) kali mesyuarat AJK Sekretariat Penerangan
a. 13 hb November 2008
b. 26 hb November 2008

2. Keputusan mesyuarat adalah sebagaimana berikut:
a. Biro Penerangan mesti berfungsi untuk mengenalpasti isu terutamanya isu-isu tempatan, nasional dan global bagi diberikan jawaban balas / selesaian mengikut saluran-saluran parti, kerajaan, kerajaan tempatan dan sebagainya mengikut kesesuaian / keperluan.
b. Menyediakan barisan penceramah yang berbakat / wibawa bagi menghadapi PRU 13.
c. Biro seharusnya bergerak dengan berkesan dan bersiap sedia lebih awal.
d. Biro juga seharusnya bergerak secara bersepadu / berpasukan dan perlaksanaan aktiviti Biro perlu diselaraskan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sayap-sayap parti dalam mencapai objektif dan matlamat biro.

3. Dengan mengambilkira elemen matlamat / objektif dan kebersamaan sepasukan yang berkesan, maka telah disepakati penubuhan Sekretariat Penerangan bagi pembahagian tugas-tugas penerangan secara lebih fokus, terarah dan bertanggungjawab.

4. Sekretariat Penerangan Bahagian ini diketuai oleh Ketua Penerangan Bahagian dan dianggotai oleh tidak lebih dari 20 orang yang terdiri dari :
a. Timbalan Pengerusi Biro Penerangan
b. Setiausaha / Penolong Setiausaha
c. Ketua Penerangan Wanita dan 2 Pegawai
d. Ketua Penerangan Pemuda dan 2 Pegawai
e. Ketua Penerangan Puteri dan 2 Pegawai
f. Pegawai JASA Parlimen Pasir Gudang / DUN Johor Jaya / DUN Permas
g. 2 wakil dari Biro Latihan & IT Bahagian
h. Ketua-ketua Cawangan yang berminat / berpengalaman
i. Individu-individu perseorangan yang difikirkan dapat membantu.

5. AJK Sekretariat telah diberikan tugas-tugas khusus dan fokus mengikut kesesuaian, keperluan dan pengalaman sebagaimana unit-unit berikut:
a. Unit Seranta diketuai En Ibrahim (KC RP Rosmerah )
b. Unit Hal Ehwal Penerangan diketuai K / Penerangan Wanita
c. Unit Penceramah diketuai En Dahari Hasan
d. Unit Sebaran diketuai K / Penerangan Puteri
e. Unit Buletin Penerangan diketuai K / Penerangan Pemuda
Semua ketua-ketua unit akan melantik barisan AJK Unit masing-masing mengikut kesesuaian dan keperluan. Penyertaan sukarela peringkat pimpinan dan ahli-ahli UMNO serta individu yang berminat ( mengikut minat, kebolehan, pengalaman, kesukarelaan ) sangat dialu-alukan.

6. Telah diputuskan bahawa program penerangan anjuran Biro Penerangan Bahagian adalah mengikut ketentuan berikut:
a. Tarikh / Hari : 31hb Januari 2009 ( Sabtu )
b. Masa : 0800 malam
c. Tempat : Zon Pandan
d. Penceramah Utama : Diputuskan atas nasihat Ketua Bahagian
e. Tajuk : untuk perbincangan

4 comments:

biro penerangan UMNO bahagian Pasir Gudang said...

GOOD JOB..:D

SAMANTHA MASTURA said...

Hai..kalau bahagian Puteri UMNO pula mcm mana, saya Mastura S. Ayed, Ketua Penerangan Puteri UMNO P. 191 Kalabakan, juga merangkap BIRO PENERANGAN PUTERI UMNO P. 191 KALABAKAN. Boleh minta reference tak aktiviti Puteri Penerangan di sana. terima kasih.

Moeinuddin b. Hj. Zakaria said...

Tahniah Bro keran dapat buat blog, walaupun nampak slim je tapi kira ok lah dari tak ada.

Tapi cuma nak komen lah bro, masuk Blog Biro Kemasyrakatan dan NGO, mcm biro penerangan plak kan, latar belakang sound efect patut tranfer kat penerangan

quorraabalos said...

Las Vegas casino to reopen after pandemic - DrMCD
A Las Vegas resort is set to reopen on Friday after the pandemic left many 라이브 스코어 사이트 looking 평택 출장안마 for 삼척 출장마사지 ways to take advantage of a 시흥 출장안마 new casino 용인 출장안마 floor.